SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

LAKSA "ATAS PERMINTAAN"


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sudah lama rasanya saya tidak bersiaran disini, mana tidaknya asyik tukar background blog je kan..sumer keje dah tertangguh..bukan apa saya jadi geram bila tengok blog2 member lain tu kemas , cantik n berseri-seri...so saya pun rancang la nak tukar..maka jadi la macam ni haa...so sekarang baru puas hati...hehehe....


Ok la berbalik kepada menu kita, kali ni saya buat laksa. Laksa ni atas permintaan sahabat saya..kebetulan saya dengan dia dapat off keje sama so saya buatkan la laksa ni untuk dia...mengidam lama dah katanya nak makan laksa ni..selalunya kalau dia teringin sangat nak makan laksa dia akan pegi makan dekat KLIA aras 5..apa nama kedai tu pun saya dah lupa..

Saya pun suka juga makan laksa kat KLIA tu..laksa dia mak aiiiii sedap sangat..dulu masa keje kat KLIA boleh kata tiap hari makan laksa ni...kalau tak laksa saya makan mee kari...emmm sedappppppp......menurut dari apa yang dikatakan oleh sahabat saya ni kedai tu dah tutup...aduhh kenapa tutup...????????emmm


Laksa ni saya buat mengikut cara saya sendiri..tak tau la kot korang pun guna cara yang sama macam saya ni...ape2 pn kita layan je la yer...bagi saya, saya suka kuah laksa yang pekat coz terasa  ikannya..jom la kita semak dulu apa pula bahan yang saya gunakan untuk buat laksa ni ye!


LAKSA

Bahan
1 paket laksa -direbus
1 kilo ikan selayang
3 senduk cili kisar
1 jug air
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
asam keping
garam,gula dan serbuk perasa

bahan sampingan:
timun-dihiris
nenas-dihiris
bawang -dihiris
cili merah-dihiris
cili api-dihiris
telur rebus-dibelah dua
limau kasturi-dibelah dua

Cara membuatnya
1) Bersihkan ikan kemudian direbus bersama 1 jug air..bila ikan dah masak angkat dan buangkan tulangnya kemudian kita blender kan ikan tersebut..masa blen tu letakkan air sedit demi sedikit ...kang tak bergerak pula pengisar tu! haa air rebusan tadi jangan buang pulak! coz nak guna nanti tau..

2) Masukkan cili kisar ke dalam periuk(sy tumis tanpa minyak cili ni dulu) kemudian diikuti dengan ikan yang telah diblender tadi, asam keping dan juga air rebusan...masak hingga mendidih..kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum...

3) Setelah itu perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa...dah siap..

4) Hidangkan bersama bahan sampingan..


*note: saya buat laksa ni tak guna belacan ye..tp lau korang nak letak terpulang la..ikut suka masing2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan