SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....
Sabtu, 15 November 2014
DAGING GORENG KUNYIT
Assalammualaikum dan salam sejahtera....
DAGING GORENG KUNYIT
Bahannya:
1/2 kilo daging dihiris nipis dan dibersihkan
1 labu bawang besar dihiris
1inci halia dihiris
2 biji bawang putih diketuk
8 biji cili padi dibelah dua
sedikit carot dan kacang panjang dihiris dipotong memanjang
kunyit, garam dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
semangkuk air
Caranya:
1. panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang,halia,bawang putih, dan cili padi hingga naik bau..
2. masukkan daging gaul sebati bersama bahan tumis dan masukkan kunyit..
3. masukkan air dan tutup kuali..biarkan daging empuk atau sehingga air kering..
4. bila air kering masukkan garam dan serbuk perasa..masukkan pula carot dan kacang panjang..gaul sebati dan siap untuk dihidangkan..
#enak dimakan bersama nasi panas...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan