SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

KEK PELANGI IBU MERTUAKU


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum tu tidak terlambat lagi untuk saya dari mashitah@harum mekar untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..mohon maaf sekiranya ada silap dan salah saya dalam dunia blogging ni walaupun kita tidak bersua muka...

Saat ini tentu yang ramai menghadiri rumah terbuka kan...emmm kenyang nya perut dapat makan free..macam2 menu ada...aduhaiii rambang mata..hehehe..


Wokeylah takmau cerita panjang mari kita tengok apa resepi untuk kali ni..resepi kali ni saya ambil dari majalah saji keluaran bulan ogos 2012..

Rasanya kek ni sedikit manis..jika korang tak suka manis boleh kurangkan kandungan gula nye ya!...haaa kena kerat lak kaki tu manis sangat!!


KEK PELANGI IBU MERTUAKU
resepi by: MAJALAH SAJI 8/2012

BAHAN-BAHAN

250gm mentega
220gm gula kastor
5 biji telur
240gm tepung kek naik sendiri
5gm pewarna hijau
5gm pewarna merah
5gm pewarna kuning
5gm pewarna ungu


CARA MENYEDIAKANNYA


  • Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan telur satu persatu sambil memutar.
  • Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  • Setelah adunan siap, bahagikan adunan kepada empat bahagian.
  • Warnakan adunan yang telah dibahagikan tadi kepda merah, hijau,kuning dan ungu.
  • Tuangkan setiap setiap adunan yang bewarna secara berselang seli ke dalam acuan berukuran 9 inci.
  • Bakar pada suhu 160C selama 25 hingga 30minit atau sehingga kek masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan