HARI NI AKU KONGSIKAN RESEPI PERTAMA YANG MENARIK PERHATIAN AKU APABILA AKU DAPAT BERKENALAN DENGAN KAK AZLITA AZIZ SELEPAS KAK ITA TERIMA AKU JADI FRENZ DIA DI FACEBOOK APALAGI HABIS AKU 'GODEK' ALBUM DIA..MEMANG CANTIK SUME PICNYA NAIK TERPEGUN AKU DIBUATNYA. TENGOK LAK PIC MASAK2 DIA LAGI LA BAGAI NAK RUNTUH JANTUNG AKU DIBUATNYA..HIHIHI...
TIDAK CUKUP DENGAN TU AKU SKODENG LAK KAK ITA NYE BLOG DI http://fromintankitchen.blogspot.com ....HATI KU TERTARIK APABILA AKU MELIHAT RESEPI "PUDING GULA HANGUS" YANG DIHASILKAN OLEH KAK ITA LALU AKU PUN TERUS MENCUBA RESEPI NI.. SEBELUM NI ADIK AKU PERNAH BUAT RESEPI NI TAPI TAK BERAPA MENJADI. AKU PUN ADA PERNAH JUGAK LA BELI PUDING NI KAT BAZAR RAMADHAN MEMANG SEDAP. LEPAS TU TERUS JADI FAV AKU N CIK ABG SYG. BILA DAPAT JER RESEPI PUDING NI TAK PAYAH NAK BELI2 DAH LEH BUAT SENDIRI JER. DISINI AKU CATATKAN RESEPINYA BUAT RUJUKAN AKU DAN SESIAPA SAJA WOKEY....
PUDING GULA HANGUS
SUMBER: AZLITA MASAM MANIS
BAHANNYA:-
3 SUDU BESAR GULA PASIR
1 TIN SUSU PEKAT
7 BIJI TELUR AYAM
1 CAWAN AIR
1 SUDU TEH ESEN VANILA
CARA MEMBUATNYA:-
MULA2 CAIRKAN GULA DALAM LOYANG ATAS API SEDERHANA KECIL. MASAK SAMPAI GULA TU KEKUNINGAN. PASTU BILA DAH CAIR....LENGGANG2 LOYANG TU BIAR GULA TU RATA. BILA GULA DAH HANGUS (KEPERANGAN) KESELURUHANNYA, TAMBAHKAN 2 SUDU BESAR AIR KETEPIKAN.
BOLEH JUGA CAIRKAN DALAM PERIUK. BILA DAH CAIR MASUKKAN 2 SUDU AIR KACAU RATA PASTU TUANG DALAM BEKAS KECIL YANG MENJADI PILIHAN.
PUKUL TELUR SEDIKIT SAHAJA, CUKUP SEKADAR KUNING DAN PUTIH TELUR SEBATI. PASTU MASUKKAN ESEN VANILA DAN SUSU PEKAT TADI. KACAU RATA. BARU MASUKKAN AIR.
LAST SEKALI TUANG ATAS GULA YANG DAH BEKU TADI. KUKUS SAMPAI MASAK. ANGGARAN KUKUS TU DALAM 45 MINIT.
BOLEH JUGA GUNAKAN KAEDAH BAIN MARIE / WATERBATH, IAITU MASUKKAN BEKAS PUDING TADI DALAM BEKAS YG LEBIH BESAR YANG TELAH DIISI AIR PANAS. BAKARLAH PADA SUHU 170C SELAMA 45-50 MINIT BERGANTUNG PADA KEPANASAN OVEN MASING-MASING.
BILA DAH SEJUK TELANGKUPKAN. SIMPAN DALAM PETI AIS UNTUK RASA YANG DINGIN. LEH MAKAN BERSAMA BUAH STRAWBERY LAGI LA MELATOPPP....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan