SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

KEK COKLAT MOIST



assalammualaikum...

macam2 versi ada kek coklat moist ni kan..sumenye sedap ditelan..heehh..kali ni saya cuba pula kek coklat moist yang saya ambil dari blog masam manis kak ita..uiii sekali tengok hasil kejadian kek coklat moist kak ita mak ai tul tul menguji tekak ku ini...huhuhu...




kali ni kek coklat moist ni saya hasilkan bersama buttercream. asyik disaluti coklat ganache jer sekali sekala kita tukar pesen pulak yer..ummmmm.jom la kita tengok pula resepinya...

kek coklat moist
sumber: kak azlita masam manis

bahannya:-

bahan a:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair (ita guna susu choc UHT) (sy pn guna susu choc uht)
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bhn diatas gaul sebati n masak atas api perlahan
*rehat kejap bila bahan dah sebati

bahan b:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan ni diayak

bahan c:
4 biji telur (blender jer)

cara membuatnya:-

satukan bahan b dan c ke dalam bahan a secara berselang seli n gaul dengan senduk jer...bila dah sebati masukkan kedalam loyang yg disapu minyak dan kukus selama 30-45minit (bergantung saiz loyang)..klu nk test cucuk ngan lidi kalau tak melekat kira masak la tu.. tunggu kek sejuk dulu kemudian boleh la hias mengikut citarasa masing2...


buttercream

bahan:-
250gm kreamwell
50gm butter
200gm gula halus
*putar semua bahan diatas hingga berkrim dan lembut kemudian leh guna untuk deco pada kek.









selamat mencuba................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan