SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

CHOCOLATE CAKE MOUSSE BANANA


 assalammualaikum.....

kali ni saya nak kongsikan resepi yg saya ambil daripada Ucu Bakery.blogspot... kek ni memang sgt sedap lembut je g tu...nk tengok cemana hasil dari air tangan ucu bakery klik sini ...pe lagi jom pakat2 try wat..tengok


CHOCOLATE CAKE MOUSE BANANA
SUMBER: UCU BAKERY

BAHANNYA:-

KEK CHIFFON
A:-
30GM SERBUK KOKO
1/2 CAWAN AIR PANAS
*1SUDU TEH CHOCOLATE EMULCO/PASTE (SY TAK LETAK)
B:-
4 BIJI KUNING TELUR
100 GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1/2 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1/4CAWAN MINYAK JAGUNG (SY GUNA MINYAK MASAK COZ MINYAK JAGUNG XDA)
1 SUDU TEH ESEN VANILA
C:-
4 BIJI PUTIH TELUR
1/4SUDU TEH CREAM OF TARTAR
65GM GULA KASTOR




CARA MEMBUATNYA:-
1) LARUTKAN SERBUK KOKO DENGAN AIR PANAS (DAN CHOCOLATE EMULCO). KETEPIKAN.
2) DALAM SATU BEKAS CAMPURKAN KESEMUA BAHAN B. MASUKKAN LARUTAN KOKO TADI DAN KACAU RATA. KETEPIKAN.
3) DALAM BEKAS LAIN PUKUL PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. MASUKKAN CREAM OF TARTAR DAN SEPARUH GULA KASTOR. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI, MASUKKAN SELEBIH GULA DAN PUKUL HINGGA KENTAL.(TRY TERBALIKKAN BEKAS TU LAU ADUNAN PUTIH TELUR XJATUH JD LA TU YE)
4) MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM BAHAN TADI. GAUL MENGGUNAKAN KAEDAH KAUP BALIK YE.
5) TUANG ADUNAN DALAM BEKAS 9" DAN BAKAR DALAM OVEN YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU SELAMA 40MINIT DENGAN KEPANASAN 180C.
6) CUCUK DI TENGAH KEK DENGAN LIDI KALAU TAK MELEKAT DAH MASAK LA KEK TU.
7) KELUARKAN KEK DARI OVEN. TERBALIKKAN KEK ATAS REDAI DAN SEJUKKAN.







chocolate mouse (untuk filling dan sapuan diluar kek)
bahannya:
250gm whip cream (UHT atau dairy whipping cream. takde pun tak pe guna je non-dry whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sudu besar air. rehatkan 5minit hingga gelatin mengembang dlm mocrowave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50gm serbuk koko + 80gm gula aising
1 sudu besar nescafe + 1 1/2 air panas

cara membuatnya:-
1. pukul whip cream hingga kental/pekat
2. masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. kacau sebati. masukkan larutan gelatin (yg suam) dan kacau hingga semua sebati.
3. ketepikan.

chocolate ganache
bahan:-
35gm serbuk koko
50gm gula 
150 whip cream 
80gm coklat masakan cincang
30gm mentega

cara membuatnya:-
1. double boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. masak hingga pekat. sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek
                                                     
                                            atau boleh cuba yg ni

chocolate ganache simple
bahan:-
125 @ 1/2 cwn non dairy whip cream
1oogm coklat masakan
1 sudu besar butter

cara membuatnya:-
1. double boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. masak hingga pekat. sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek

hiasan:
pisang montel dibelah dua

cara penyediaan kek:-
1. potong kek kepada tiga lapisan
2. sapukan 1/2 mouse atas satu lapis kek. letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan lapisan kek kedua. sapukan 1/3 lagi mouse dan lapiskan dengan lapisan kek ketiga.
3. sapukan keseluruhan kek dengan 1/3 mouse.
4. sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mouse keras sedikit.
5. tuang coklat ganache dan hiaslah mengikut citarasa.



                                                    


selamat mencuba.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan