hai semuanya...emm pejam celik pejam celik dah hujung minggu kan.. aduhai cuti bersalin pun tinggal satu hari je lagi..isnin dah mula keje semula..huhhh bayangkan tiga bulan bercuti mahu tak lebam duduk kat umah..hehehe..
uniform pun baru semalam test coz takut dah tak muat kan...perhhh nasib baik la muat lagi...kuikuikui...ingatkan dah sempit..lau tak berbaju kurung la hamba keje nanti..hahaha...
emmm..masak apa hari ni ? hari ni saya nak kongsikan daging masak merah bersama potato wedges..biasanya masak merah daging ni tak pulak nak letak potato tetapi hari ini saya cuba letak potato..emm sekali sekala ciptakan kelainan sikit la ye..huhu jangan marah ;)..
daging masak merah bersama bersama potato wedges
by: mashitah harum mekar
bahan:-
1/2 kilo daging
2 senduk cili kisar
1 biji kentang yang dipotong wedges
1 labu bawang besar di potong bulat
1 cwn air
garam, gula, dan perasa secukupnya.
cara membuatnya:-
1. potong daging mengikut selera masing2 nak tebal ke nipis ke kn kemudian cuci bersih daging tersebut.
2. panaskan minyak di dalam kuali kemudian gorengkan kentang sehingga masak kekuningan. angkat dan ketepikan.
3. tumiskan cili kisar hingga pecah minyak dan masukkan gula sedikit kemudian masukkan daging dan air kacau sebati. tutupkan daging tersebut dan biar selama setengah jam atau sehingga air kering. (coz nak bagi daging tu empuk)
4. setelah air kering perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
5. masukkan kentang yang telah digoreng tadi bersama bawang besar. gaul bersama.
6. sedia untuk dihidangkan.
selamat mencuba :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan