SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

PUDING ROTI


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

heeeee..sebelum ni masuk resepi jer kan tak celoteh dari saya..bukan apa nak cepat..heee jangan marah yer.. wahhhh tak lama jer lagi kita nak raya kan..amacam baju raya dah ada ker? hee saya awal2 sebelum raya dah beli ...emm cepat kan ..yer la xmau shoping time bulan puasa xlarat katanya..huuu

Kuih raya pulak tahun ni saya nak buat sendiri..walaupun anak2 masih kecil saya usahakan juga nak buat kuih raya sendiri..xkira xkira nak buat jugak..huhuhu...dua hari lepas dah beli barang tuk buat kuih raya..alaaa lebih kuang dalam rm100 jer modal..yang penting puas hati dapat merasa kuih raya dari air tangan sendiri...cik husbend pun suka..

Emm hari ni saya nak kongsikan dessert yang begitu mudah nak buat..saya ni suka sangat resepi yang mudah2 kan..heee..yer la korang pn leh cuba..memang dah lama saya nak buat puding roti ni sejak kali pertama terpandang dalam group mane satu pn dah xingat dalam FB..puas jugak saya mencari semula resepi puding roti tu..pai skrg masih tak jumpa..

Akhirnya saya pergi la cari kat cik google..cari punya cari jumpalah resepi yang ni...hehehe..resepi ni saya ambil kat blog CIK EPAL..sila klik SINI lau nak tengok puding roti yang dihasilkan oleh cik epal...

PUDING ROTI
Resepi by: cik epal

BAHAN

1O keping roti (buang kerak tepi kmdn sapu marjerin)
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
300ml susu full cream
300ml whipping cream

CARA:

Susun roti dalam loyang. Kemudian whisk semua bahan diatas bagi sebati dan curahkan dalam roti tadi..lepas tu boleh la ditabur denan kismis ker kepingan badam ker ceri ker or apa2 je la..lepas tu biar dalam setengah jam bagi roti tu kembang dan boleh dibakar dalam oven selama 30minit dengan suhu 180C...

haaaaaaaa tabur ngan aper2 jer korang suka..than biar roti tu berendam jap..
Sementara tu kita sediakan sos dia pulak yer..

BAHAN:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard (ntah mcm mane sy termasuk tepung jagung lk..haaaaaaaaaa..tu la berangan lg)
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

kacau kesemua bahan diatas pastu masak atas api sederhana. Kuah ni bila dah siap masak boleh masuk dalam peti ais. Bila nak makan nanti curahkan jer atas roti ..sedap makan time2 sejuk baru marvelous.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan