SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

BUTTER PRAWN

Assalammualaikum....

Alahai lamanya dah tak masukkan masakan dalam blog ni ya..minta maaf pada semuanya bila masuk blog saya ni aleh2 tak ada pun masakan terbaru...hehe...(tahap kemalasan melanda jiwa raga)..bukan saya tak menjenguk langsung blog ni tau...lau tak menjenguk langsung kang penuh lak sawang dalam ni...kuikuikui...

Bila dah naik kerja macam ni la jadinya sebelum ni melepak kat umah 3 bulan..ha amik bila dah kerja nak menaip kat blog ni dah abeh lusuh segala idea...huuuu...

Hari ni kita layan butter prawn la yer..butter prawn ni dah bape hari lepas saya buat tapi hari ni baru mendapat kesempatan untuk update kat sini..mengidam dah lama(chewah) kebetulan tengok Qasey Honey duk post butter prawn dia kat wall Group >maiiiiiiiii la tayang apa anda masak or makan ari ni< terus meleleh air liur...n apa lagi tak terjadi la butter prawn saya ni seperti gambar dibawah...nk lihat butter prawn yang dihasilkan oleh Qaseh Honey sila klik SINI yer...






amacam jadi elok tak sarangnya? emm nak buat sarang tu saya guna tapis kelapa jer..almaklum la acuan roti jala tak sempat nak beli..hehe...

Kalau nak dapat sarang yang elok (pada saya la xtau la org len cemaner) masa kuning telur tu jatuh ke dalam kuali tangan kanan kita jangan berhenti mengacau (kacau dalam bentuk bulatan guna garfu) ..kacau laju2 tau..


Namun saya masih belum berpuas hati dengan sarang yang saya buat ni..next time nak try buat lagi...kepada yang berminat nak mencuba sila layan resepi di bawah ya..


BUTTER PRAWN
by: Qasey Honey n KakNor @ Secubit Garam
sumber: Almari Resepi


Bahannya:-
12 ekor udang saiz besar
3 sudu butter
3 bili kuning telur ~K.Nor guna 2 bj je
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit dan garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-
Lumur serbuk kunyit dan garam kat udang. Goreng sehingga masak. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari dan cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama biarkan  minyak dikuali anggaran dalam 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan cair dan minyak betul2 panas. Sementara tu kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang telur kuning..tangan kanan pegang garfu...tuang perlahan lahan telur sambil tangan kanan mengacau dalam bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai angkat telur tu dan buh dalam tapis untuk membuang minyak berlebihan.

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun. 
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia




selamat mencuba...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan