SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS



AYAM BAKAR BLACK PEPER BERMAYONIS



Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah



Cara-cara:
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam n kicap manis.
2. Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu).
sy perap semalaman memang lg umphhhh rasanya

*lau nak buat kuahnya juz amik jer bahan lebihan dari perapan tu, panaskan lam kuali letakkan sosblackpeper ckit n air...
*kentang n carot tu korg rebus dahulu bila dh empuk korang gaul ngan serbuk lada sulah ,serbuk lada hitam,garam dan bakar..
*sy makan lauk ni bersama nasi planta...sedap sehhhhh!!!!!!!!! 


                         
resepi nasi planta klik sini !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan