SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

SAMBAL TELUR PUYUH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...




Salam sayang buat semua yang setia mengunjungi blog saya ini...dan tidak lupa jutaan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang sudi follow blog saya yang tidak seberapa ni..

Esok dah masuk hari yang ke enam kita sebagai umat islam berpuasa..macam mana rasa puasa tahun ni ada beza ker dengan tahun yang lepas..kalau saya beza juga la sebab kalau tahun lepas saya berpuasa di rumah lama tahun di sudah berpindah ke rumah baru bukan ape saya berpindah rumah pun disebabkan tiada pengasuh untuk mengasuh anak saya di rumah lama tu...

Ye la saya ni bekerja shift siapa la nak mengasuh malam2 buta kan..nasib baik la sahabat dari kecil saya SITI BADARIAH tolong carikan pengasuh...alhamdulilah...dekat sangat dengan rumah sebab naik turun lif yang sama..

Ok la tak mau bercerita panjang jom kita layan dulu resepi ni..kali ni saya nak kongsikan resepi dari telur puyuh.. seperti yang kita tahu telur puyuh ni banyak khasiatnya..nak tau apa khasiatnya sila klik SINI ..




SAMBAL TELUR PUYUH

Bahan:
20 biji telur puyuh
15 tangkai cili kering*
3 ulas bawang merah (kecil)*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 labu bawang besar dihiris ikut suka
1/2 biji lada benggala merah dihiris ikut suka
1 sudu besar soso cili dan sos tomato (optional)
gula,garam dan serbuk perasa secukup rasa.
minyak untuk menumis
sedikit air

Cara membuatnya:
1) Telur puyuh hendaklah direbus dahulu kemudian setelah masak buangkan kulitnya dan bersihkan.(lepas bersih saya goreng dulu)
2) Bahan bertanda (*) hendaklah di blender.
3) Tumis bahan bertanda (*) hingga pecah minyak masukkan gula,garam dan serbuk perasa. Masukkan juga sos cili dan sos tomato.
4) Masukkan sedikit air gaul bagi sebati. Kemudian masukkan cili benggala, bawang besar, dan juga telur puyuh. Gaul kesemuanya bagi bahan tersebut mesra.
5) Angkat dan boleh dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan