SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim saya mulakan entry untuk kali ini dan syukur alhamdulillah kerana telah dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk berbicara disini setelah sekian lama tidak bersiaran. Selamat datang kepada pengunjung baru dan lama dan tidak lupa kepada pengikut setia kerana telah memilih MASHITAH@HARUMMEKAR sebagai bahan rujukan kalian.Sesungguhnya saya amat menyayangi kalian semuanya. InsyaAllah ada kelapangan saya akan berkunjung jua ke halaman kalian.

Bukan merajuk bukan hendak menutup siaran tetapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Rasanya sudah setahun juga saya tidak bersiaran disini. Saya hanya berlegar-legar di FB sebagai pemerhati sahaja dan kadang2 menerima tempahan kek dari rakan2..Rindu rasanya di hati ni kerana telah lama tidak bersiaran..

Sepanjang peninggalan saya selama setahun bermacam kisah suka duka sedih pilu dilalui.. pada awal tahun lepas 2013 saya sekeluarga menerima berita gembira dimana saya telah disahkan mengandung untuk kali ke tiga..baru dua bulan usia kandungan saya telah dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali kerana mengalami muntah2 yang berlebihan dari kebiasaannya. ketika saya mengandung anak yang pertama dan kedua dahulu tidaklah mengalami alahan yang teruk begini sehingga terpaksa dimasukkan ke wad tetapi kandungan kali ke tiga ini benar2 menguji mental dan fizikal saya..apa yang dibuat serba tak kena..nak buat apa pun tak larat..

Sepanjang tempoh berada di wad saya telah diminta untuk membuat ujian ultrasound dan tidak dijangka dan diduga doktor mengesahkan kandungan saya kembar!!... saya berasa gembira dan sedikit bimbang..syukur alhamdulillah..seronoknya tak terkata.. admint di wad tidak la lama sangat cuma dalam dua hari sahaja..doktor bekalkan ubat tahan muntah dan saya kena makan ubat tersebut jika perlu..saya cuma makan ubat tahan muntah tersebut setiap kali hendak pergi kerja..kalau tak makan memang tak dapat la nak pergi kerja jawabnya..

Saya dijangkakan bersalin pada hujung bulan september tetapi awal bulan lapan saya telah bersalin alkisahnya ialah.... pada 05/08/2013 saya telah pergi membuat rawatan susulan seperti biasa di hospital..apabila tiba di hospital setelah  saya dipanggil oleh doktor untuk masuk ke dalam bilik pemeriksaan doktor menjalankan ujian ultrasound.. berkali-kali doktor memeriksa perut saya almaklum la baby kembar.. apa yang mengejutkan saya ialah doktor memberitahu bahawa dimana jantung salah seorang dari baby kembar saya telah terhenti maknanya baby saya telah meninggal...untuk mendapatkan kepastian yang tepat doktor pakar juga telah menjalankan pemeriksaan tersebut.. YA ALLAH hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada masa itu..sedih dan pilu..airmata tidak mampu untuk ditahan lagi lalu turun membasahi pipi..

Doktor tidak dapat mengesahkan kenapa bayi saya telah meninggal dan doktor hanya memberitahu berkemungkinan bayi saya yang meninggal tersebut tidak dapat bekalan makan yang cukup kerana masalah perkongsian dimana bayi saya merupakan kembar seiras dan berkongsi uri..oleh itu bekalan makan tidak sampai kepada bayi saya yang meninggal tersebut..wallahualam...

Setelah berbincang doktor memberitahu bahawa saya terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi saya yang masih hidup kerana ditakuti bayi yang hidup akan memakan sisa dari bayi yang telah meninggal..waktu itu kandungan saya baru berusia 32 minggu.. doktor telah memberikan saya satu suntikan bagi mematangkan paru-paru bayi saya...dan keesokan paginya baru pembedahan akan dijalankan...

bersambung......

KEK COKLAT moist (RESEPI 1)

SEDAP NI.....


ASSALAMUALAIKUM....

DISINI SY NAK KONGSIKAN KEK COKLAT PERTAMA YG SY BUAT APABILA SY MULA2 JOIN FB.. SEBELUM JOIN FB SY PERNAH JUGA BUAT KEK COKLAT MOIST NI DIMANA RESEPINYA SY AMBIL DARI MAJALAH SAJI..

KEK COKLAT DIBAWAH NI ADALAH RESEPI DARIPADA AYU JALINAN RASA. NAK BUAT NYA PUN MUDAH JE. JOM TENGOK RESEPINYA DULU.


KEK COKLAT KUKUS
SUMBER: AYU JALINAN RASA

1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair (Ayu guna marjerin)
2 cawan gula perang

BAHAN B: (kacau rata dengan garpu)
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C:
2 cawan tepung gandum
½ cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA-CARA:
1. Lapik loyang dengan kertas dan sapukan minyak disekeliling acuan dan ketepikan.. Panaskan kukusan..
2. Kacau semua bahan A di dalam mangkuk besar supaya sama rata dan sebati..
3. Ayak bahan B dan masukkan ke dalam bahan A dengan perlahan.. Kacau rata..
4. Masukkan pula bahan C dan kacau lagi supaya tidak bergentel..
5. Kukuskan selama 1 jam dengan api sederhana kecil (bagi mengelakkan kek pecah)..
6. Hiaskan dengan krim coklat dan taburkan choc rice..

TOPPING: (krim coklat)
1 cawan susu pekat (Ayu cuma guna ½ cawan jerk)
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

CARA-CARA:
1. Masukkan susu pekat dan serbuk koko ke dalam periuk.. Kacau rata..
2. Panaskan dengan api sederhana.. Kacau sehingga sebati..
3. Masukkan mentega dan kacau rata sekali lagi..
4. Tutup api dan kacau sehingga sebati..

5. Tunggu sehingga pekat sedikit, kemudian tuangkan ke atas kek..







SELAMAT MENCUBA.....





SIAP MENDAPAT TEMPAHAN LAGI..HEHE..ALA DARI MEMBER HUSBEND COZ HUSBEND RAJIN BAWA G OFIC....




YG NI UNTUK MAKAN2 JER....



KEK COKLAT MOIST



ASSALAMUALAIKUM...

HEHE KEK COKLAT LAGI YER...KEK COKLAT YG DIBAWAH NI SY AMBIL RESEPINYA DARIPADA TEMAN FB IAITU SIS DUYUNG SWEET LALING. JOMMMMMMM KITA INTAI RESEPINYA...

KEK COKLAT MOIST
SUMBER: DUYUNG SWEET LALING

BAHAN:-

 BAHAN A
1 CWNSERBUK KOKO
1 CWN GULA
1 CWN MINYAK MASAK
1 CWN SUSU KOTAK COKLAT
1/2 CWN SUSU PEKAT

(MASAK KESEMUA BAHAN A DIATAS DAPUR DENGAN API SEDERHANA HINGGA SEBATI KEMUDIAN SEJUKKAN.)

BAHAN B
*1 1/4 CWN TEPUNG GANDUM
*1 SUDU TEH BAKING POWDER
*1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
3 BIJI TELUR
SILA AYAK BAHAN YG BERTANDA*

CARA MEMBUATNYA:-
PUTAR TELUR HINGGA KEMBANG KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN A DAN BAHAN B. GAUL SEBATI KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 JAM ATAU SEHINGGA KEK MASAK. SEJUKKAN DAHULU LEPAS TU LEH HIAS BERSAMA COKLAT GANACHE N APE2 JER IKUT SUKA.


RESEPI COKLAT GANACHE
300 GM KRIM PEKAT/PUTAR
500 GM COKLAT MASAKAN (CINCANG HALUS)
30 GM MENTEGA

CARA-
PANASKAN KRIM HINGGA MENDIDIH. ANGKAT. MASUKKAN COKLAT MASAKAN DAN KACAU HINGGA COKLAT MASAKAN CAIR. MASUKKAN MENTEGA DAN GAUL HINGGA MENTEGA MENCAIR DAN GAUL SEBATI. KEMUDIAN LEH LA DITUANGKAN DIATAS KEK.











TAK SEMPAT NAK AMIK PIC PENUH COZ HUSBEND DAH SURUH POTONG NAK BAWA G KEJE. SO BEGINI LA JADINYA. ADUHAI... RESEPI KEK COKLAT YG NI MEMENG SANGAT SEDAP TAU. U ALL KENA LA CUBA DULU... SELAMAT MENCUBA....




CHOCOLATE CAKE MOUSSE BANANA


 assalammualaikum.....

kali ni saya nak kongsikan resepi yg saya ambil daripada Ucu Bakery.blogspot... kek ni memang sgt sedap lembut je g tu...nk tengok cemana hasil dari air tangan ucu bakery klik sini ...pe lagi jom pakat2 try wat..tengok


CHOCOLATE CAKE MOUSE BANANA
SUMBER: UCU BAKERY

BAHANNYA:-

KEK CHIFFON
A:-
30GM SERBUK KOKO
1/2 CAWAN AIR PANAS
*1SUDU TEH CHOCOLATE EMULCO/PASTE (SY TAK LETAK)
B:-
4 BIJI KUNING TELUR
100 GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 SUDU TEH BAKING POWDER
1/2 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1/4CAWAN MINYAK JAGUNG (SY GUNA MINYAK MASAK COZ MINYAK JAGUNG XDA)
1 SUDU TEH ESEN VANILA
C:-
4 BIJI PUTIH TELUR
1/4SUDU TEH CREAM OF TARTAR
65GM GULA KASTOR




CARA MEMBUATNYA:-
1) LARUTKAN SERBUK KOKO DENGAN AIR PANAS (DAN CHOCOLATE EMULCO). KETEPIKAN.
2) DALAM SATU BEKAS CAMPURKAN KESEMUA BAHAN B. MASUKKAN LARUTAN KOKO TADI DAN KACAU RATA. KETEPIKAN.
3) DALAM BEKAS LAIN PUKUL PUTIH TELUR HINGGA BERBUIH. MASUKKAN CREAM OF TARTAR DAN SEPARUH GULA KASTOR. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI, MASUKKAN SELEBIH GULA DAN PUKUL HINGGA KENTAL.(TRY TERBALIKKAN BEKAS TU LAU ADUNAN PUTIH TELUR XJATUH JD LA TU YE)
4) MASUKKAN ADUNAN PUTIH TELUR KEDALAM BAHAN TADI. GAUL MENGGUNAKAN KAEDAH KAUP BALIK YE.
5) TUANG ADUNAN DALAM BEKAS 9" DAN BAKAR DALAM OVEN YANG TELAH DIPANASKAN TERLEBIH DAHULU SELAMA 40MINIT DENGAN KEPANASAN 180C.
6) CUCUK DI TENGAH KEK DENGAN LIDI KALAU TAK MELEKAT DAH MASAK LA KEK TU.
7) KELUARKAN KEK DARI OVEN. TERBALIKKAN KEK ATAS REDAI DAN SEJUKKAN.







chocolate mouse (untuk filling dan sapuan diluar kek)
bahannya:
250gm whip cream (UHT atau dairy whipping cream. takde pun tak pe guna je non-dry whipping cream tapi kurangkan gula aising)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar serbuk gelatin halal (campurkan dengan 4sudu besar air. rehatkan 5minit hingga gelatin mengembang dlm mocrowave atau panaskan atas api kecil hingga larut sepenuhnya)
50gm serbuk koko + 80gm gula aising
1 sudu besar nescafe + 1 1/2 air panas

cara membuatnya:-
1. pukul whip cream hingga kental/pekat
2. masukkan esen vanila, serbuk koko, gula aising, larutan nescafe. kacau sebati. masukkan larutan gelatin (yg suam) dan kacau hingga semua sebati.
3. ketepikan.

chocolate ganache
bahan:-
35gm serbuk koko
50gm gula 
150 whip cream 
80gm coklat masakan cincang
30gm mentega

cara membuatnya:-
1. double boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. masak hingga pekat. sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek
                                                     
                                            atau boleh cuba yg ni

chocolate ganache simple
bahan:-
125 @ 1/2 cwn non dairy whip cream
1oogm coklat masakan
1 sudu besar butter

cara membuatnya:-
1. double boil semua bahan dalam mangkuk tahan panas.
2. masak hingga pekat. sejukkan dan ketepikan sebelum dituang atas kek

hiasan:
pisang montel dibelah dua

cara penyediaan kek:-
1. potong kek kepada tiga lapisan
2. sapukan 1/2 mouse atas satu lapis kek. letakkan pisang yang dibelah dua, lapiskan lagi dengan lapisan kek kedua. sapukan 1/3 lagi mouse dan lapiskan dengan lapisan kek ketiga.
3. sapukan keseluruhan kek dengan 1/3 mouse.
4. sejukkan kek dalam peti sejuk hingga mouse keras sedikit.
5. tuang coklat ganache dan hiaslah mengikut citarasa.



                                                    


selamat mencuba.................

KEK COKLAT MOIST



assalammualaikum...

macam2 versi ada kek coklat moist ni kan..sumenye sedap ditelan..heehh..kali ni saya cuba pula kek coklat moist yang saya ambil dari blog masam manis kak ita..uiii sekali tengok hasil kejadian kek coklat moist kak ita mak ai tul tul menguji tekak ku ini...huhuhu...




kali ni kek coklat moist ni saya hasilkan bersama buttercream. asyik disaluti coklat ganache jer sekali sekala kita tukar pesen pulak yer..ummmmm.jom la kita tengok pula resepinya...

kek coklat moist
sumber: kak azlita masam manis

bahannya:-

bahan a:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair (ita guna susu choc UHT) (sy pn guna susu choc uht)
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
*semua bhn diatas gaul sebati n masak atas api perlahan
*rehat kejap bila bahan dah sebati

bahan b:
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan ni diayak

bahan c:
4 biji telur (blender jer)

cara membuatnya:-

satukan bahan b dan c ke dalam bahan a secara berselang seli n gaul dengan senduk jer...bila dah sebati masukkan kedalam loyang yg disapu minyak dan kukus selama 30-45minit (bergantung saiz loyang)..klu nk test cucuk ngan lidi kalau tak melekat kira masak la tu.. tunggu kek sejuk dulu kemudian boleh la hias mengikut citarasa masing2...


buttercream

bahan:-
250gm kreamwell
50gm butter
200gm gula halus
*putar semua bahan diatas hingga berkrim dan lembut kemudian leh guna untuk deco pada kek.









selamat mencuba................

RED VELVET CAKE

SI BALDU MERAH . . .





RED VELVEL CAKE (resepi 1)
sumber : dapur kakzu

Bahan:-
2 1/2 cwn t.gandum

1 sd kecil garam
2 sb besar serbuk koko
1/2 cwm butter
1 1/2 cwn gula
2 biji telor
1 sd kecil esen vanilla
1 cwn susu segar(dicampur dgn isb jus lemon)dibiarkan 5 minit
1 sd kecil cuka
1 sd kecil b.powder
2 sd besa pewarna merah(1 sb kurang merah)

utk topping
250gm cream cheese
30 g butter
1 sb jus lemon
1 sb esen vanilla
1 sb susu segar

****care kak zu...
250 gm cream cheese
120 gm butter
120 gm gula icing
1 sudu kecil lemon jus..kalo ade...takyah pun takpe...redah je

putar hingge sebati aje....

cara2nya
ayak t.gandum,koko n garam bersama n tepikan..
pukul butter,hingga lembut n masuk gula,pukul hingga ringan..
masuk telor satu persatu,buh esen vanilla,pukul sebati,dgn kelajuan sederhana,masuk susu selang seli dgn bhn ayak td,serta pewarna merah..
dlm bekas lain ,masuk cuka n b.powder(biarkan berbuih jap)n tuang dlm adunan td..siap..bakar dlm suhu 170c selama 25-30 minit,ikut oven masing2 laa..

utk topping
pukul cream cheese n butter hingga lembut n gebu,masuk esen vanila,n jus lemon ,kalo nk buh susu terpulang la..n sapu pada seluruh kek serta dibubuh serbuk milo atau koko kat atasnya..












RED VELVET (resepi 2)


bahan:-
5 biji telur gred B 
250 gram butter
*3 cawan tepung naik sendiri ( tepung self raising flour )
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright 
1 cawan buttermilk ori @ gune ( 1 cawan susu segar + 1sudu makan cuka )biar 10 minit
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - kkzu guna baking powder
1 sudu makan cuka makan


CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 9. Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.
Bakar pade suhu 180 C selame 30 minit untuk 1 loyang ( adunan setengah ) pade rak bawah menggunakan api atas bawah.



KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- 
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk

***care kakzu

500 gm creamcheese
250 gm butter anchor
250 gm gule icing
Putar hingge sebati

NOTA:jike tiade buttermilk ori boleh gune adunan ini ~
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.




























TERINGINNYA NAK MAKAN....KEK KAREMEL



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Harum Mekar yg disayangi...

EHHHHHHHHHH....mengidam ker? hehehe.... tak ada la..saje teringin sangat nak makan..kali ni lau tak silap masuk kali kelima saya buat kek karemel ni...cara dan panduan masih lagi saya ikut cara kak Azlita Aziz...kepada kawan2 yang ingin membuat kek karemel ini boleh la ikut step2 by step cara kak Ita ...sila klik SINI ....teruja sebenarnya tengok kek2 yang dihasilkan oleh kak Ita ni tau..meleleh air liur hamba..

Rasa kek karemel ni pehhhhh sedap bangat tau...lembut dan gebu g tu haaaa.....rugi la lau tak mencuba..mane tidaknya ditambah pula dengan puding gula hangus kat atas kek ni...wallaaaaaa...



Resepi di bawah ni saya dah olah sedikit daripada resepi asal ye...minta ampun yer kak Ita...hehe..

KEK KAREMEL
SUMBER: AZLITA MASAM MANIS

mula2 kita sediakan gula hangusnya dulu..

Bahan:-
2 sudu besar gula pasir

Caranya:-
1. Sediakan loyang 8 inc.
2. Taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Jangan sampai ada bau hangit ye nanti pahit pulak.
4. Ratakan gula dengan menyenget2 kan loyang kiri dan kanan.
5. Biar gula sejuk. Gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras. Ketepikan sebentar ye.




Bahan Karemel
1/2 tin susu cair (sy gna 1cwn susu pekat manis+1cwn air+1/2 cawan susu segar)
70gm gula castor (sy xletak)
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur (sy tambah lagi 1 biji telur)

Caranya:-
1. Kacau susu dan gula hingga larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata peralahan aje.
4. Kemudian tapis kedalam gula hangus tadi.
5. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telu. (Adunan ini tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar bersama adunan kek nanti)

Adunan Kek

Bahan 1
70gm gula kastor
3 biji telur kuning
135 ml air
45ml minyak masak

Bahan 2
140gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
*diayak bersama terlebih dahulu


Caranya:-
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan2 secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
5. Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur -pastikan jgn tercampur sikit pn kuning telur.
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tar tar

Caranya:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
2. Pukul putih telur hingga berbuih.
3. Masukkan gula dan krim tartar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tak jatuh.
4. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
5. Gaul rata secara kaup balik.
6. Kemudian masukkan semua baki meringur dan ratakan dengan kaedah kauo balik hingga nergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
8. Letakkan pewarna yg anda sukai.
9. Kemudian tuangkan adunan kek ini keatas lapisan karemel tadi. Buat secara berselang seli mengikut warna.
10. Lorekkan atas adunan dengan lidi. (terpulang nk lorekkn mcm ner ye)
11. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu menggunakan kaedah steam bath. Mula2 panaskan oven pada suhu 170C bila dah masukkan kek tukar kepada suhu 160C menggunakan api bawah.

Kaedah Steam Bath
1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas td.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 160C dengan api bawah selama 1jam atau sehingga kek benar2 masak.
5. Jangan buka pinu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
6. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
8. Potong kek bila ia benar2 telah sejuk.
*Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ini juga sedap dimakan dikala sejuk.

SELAMAT MENCUBA....
   


EMMMMMMMM nyumnyumnyummmmm