SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

puding keledek berkaremel



assalammualaikum....

kali ni saya nak kongsikan puding keledek berkaremel daripada DjDayang Jack..emm not bad la rasanya bak kata sis djdayang jack..

terjadinya nak buat puding keledek berkaremel ni kerana stok keledek masih ada tak tau nak buat apa..dalam kepala tu duk memikir kalau buat puding karemel ok ker ha....ermmm..

lepas tu berjalan la kat fb DjDayang Jack maka terjumpa la resepi ni..mak aiii bling2 g tu rupanya...nak tengok tak bling blingnya tu ha klik sini ...huhhhh udahnya terjadila jua puding keledek berkaremel ku ini..

ni resepinya

puding keledek berkaremel
sumber: DjDayang Jack

bahan:
150gm keledek merah
11/2 cawan air atau boleh dicampurkan dengan susu cair
3 biji telur saiz a
1/3 cwn susu pekat manis
sedikt esen vanila

bahan karemel:
1/3 cwn gula pasir
1/3 cwn air panas

cara membuatnya:
1. keledek dicuci bersih dan kemudian direbus bersama sedikit garam hingga lembut. setelah itu kisar bersama air sehingga menjadi puri. ketepikan.
2. untuk membuat karemel: hanguskan gula di dalam periuk dengan api perlahan dan setelah keperangan (janagn sampai hangit, nanti jadi pahit) , masukkan air panas dengan berhati2 coz nanti akan percik. kacau segera supaya tidak berketul. pastikan ia betul2 cair. tuangkan karemel ke dalam loyang/bekas bersesuaian. ketepikan.
3. pecahkan telur didalam mangkuk pengadun, pukul sedikit sahaja tetapi jangan sampai berbuih. kemudian masukkan susu pekat, puru keledek dan esen vanila. kacau perlahan-lahan sehingga sebati.
4. tuangkan adunan ke dalam bekas gula hangus tadi. (tapis jika perlu)
5. bakar lebih kurang 40 minit dengan suhu 170C atau hingga keperangan (dengan kaedah bain marie- letakkan loyang ke dalam dulang/bekas yang berisi air panas)
5. setelah di bakar sejukkan dahulu sebelum diterbalikkan.





nyummm nyummm nyummmm...................






selamat mencuba...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan