SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

TERINGINNYA NAK MAKAN....KEK KAREMEL



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung Harum Mekar yg disayangi...

EHHHHHHHHHH....mengidam ker? hehehe.... tak ada la..saje teringin sangat nak makan..kali ni lau tak silap masuk kali kelima saya buat kek karemel ni...cara dan panduan masih lagi saya ikut cara kak Azlita Aziz...kepada kawan2 yang ingin membuat kek karemel ini boleh la ikut step2 by step cara kak Ita ...sila klik SINI ....teruja sebenarnya tengok kek2 yang dihasilkan oleh kak Ita ni tau..meleleh air liur hamba..

Rasa kek karemel ni pehhhhh sedap bangat tau...lembut dan gebu g tu haaaa.....rugi la lau tak mencuba..mane tidaknya ditambah pula dengan puding gula hangus kat atas kek ni...wallaaaaaa...



Resepi di bawah ni saya dah olah sedikit daripada resepi asal ye...minta ampun yer kak Ita...hehe..

KEK KAREMEL
SUMBER: AZLITA MASAM MANIS

mula2 kita sediakan gula hangusnya dulu..

Bahan:-
2 sudu besar gula pasir

Caranya:-
1. Sediakan loyang 8 inc.
2. Taburkan gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
3. Biar gula hancur dan warna bertukar jadi perang. Jangan sampai ada bau hangit ye nanti pahit pulak.
4. Ratakan gula dengan menyenget2 kan loyang kiri dan kanan.
5. Biar gula sejuk. Gula yang sejuk ini akan keras dan akan retak dan berbunyi seperti kaca pecah bila dah keras. Ketepikan sebentar ye.




Bahan Karemel
1/2 tin susu cair (sy gna 1cwn susu pekat manis+1cwn air+1/2 cawan susu segar)
70gm gula castor (sy xletak)
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur (sy tambah lagi 1 biji telur)

Caranya:-
1. Kacau susu dan gula hingga larut.
2. Kacau telur dan esen perlahan.
3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata peralahan aje.
4. Kemudian tapis kedalam gula hangus tadi.
5. Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yang tebal gandakan sukatan susu dan kuning telu. (Adunan ini tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar bersama adunan kek nanti)

Adunan Kek

Bahan 1
70gm gula kastor
3 biji telur kuning
135 ml air
45ml minyak masak

Bahan 2
140gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
*diayak bersama terlebih dahulu


Caranya:-
1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
3. Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak.
4. Masukkan sikit2 dan kacau perlahan2 secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
5. Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur -pastikan jgn tercampur sikit pn kuning telur.
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tar tar

Caranya:-
1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering.
2. Pukul putih telur hingga berbuih.
3. Masukkan gula dan krim tartar dan terus memukul dengan speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. Kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tak jatuh.
4. Masukkan 1/3 bahan meringue ke dalam adunan tepung tadi.
5. Gaul rata secara kaup balik.
6. Kemudian masukkan semua baki meringur dan ratakan dengan kaedah kauo balik hingga nergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
8. Letakkan pewarna yg anda sukai.
9. Kemudian tuangkan adunan kek ini keatas lapisan karemel tadi. Buat secara berselang seli mengikut warna.
10. Lorekkan atas adunan dengan lidi. (terpulang nk lorekkn mcm ner ye)
11. Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu menggunakan kaedah steam bath. Mula2 panaskan oven pada suhu 170C bila dah masukkan kek tukar kepada suhu 160C menggunakan api bawah.

Kaedah Steam Bath
1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas td.
3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
4. Bakar kek pada suhu 160C dengan api bawah selama 1jam atau sehingga kek benar2 masak.
5. Jangan buka pinu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
6. Selepas masak biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
8. Potong kek bila ia benar2 telah sejuk.
*Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ini juga sedap dimakan dikala sejuk.

SELAMAT MENCUBA....
   


EMMMMMMMM nyumnyumnyummmmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan