SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

APAM POLKADOT DOT DOT . . . . . . . .


Assalamualaikum...
ape khabar semuanya? harap-harap sihat lah hendaknya.. Hari ini saya nak kongsikan resepi apam polkadot yang mana resepinya saya pelajari daripada blog kak Azlita MASAM MANIS. Kalini dah tiga kali saya buat apam polkadot ni.

Seronok rupanya buat apam polkadot ni..huhuhu..ye lah macam main-main pulak..tengok member member lain yang buat bermacam-macam corak ada angry bird la lady bird la strawbery la huhuhu kreatif sungguh...meh la kita intai-intai dulu resepinya lepas tu korang buat la yer...

APAM POLKADOT DOT DOT....
sumber:- AZLITA MASAM MANIS

BAHANNYA:-

3 biji telur gred A (yg dari peti sejuk tau)
1 cawan gula
1 sudu teh ovallete
1 penutup botol esen vanila/ros/pandan/oren (ikut citarasa nk bubuh ape)
250g tepung gandum (3cawan)
3 sudu teh baking powder
150ml susu segar (1cawan)
pewarna mengikut citarasa
filling secukupnya (bluberry, kaya, strawbery or pe2 je)
papercup secukupnya

CARANYA:-

1) Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.
2) Satukan telur, gula, ovallete dan esen vanila kemudian putar dengan mixer hingga kembang dan berkrim.
3) Masukkan tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan susu segar maknanya tepung~susu~tepung~susu ha g tu ler..dan diakhiri dengan tepung jugak tau. Kacau sebati.
4) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna kegemaran. Kacau sebati.
5) Masukkan adunan yang telah diwarnakan tersebut kedalam piping bag dan gunting sedikit pada bahagian hujungnya.
6) Picitkan adunan hingga setengah bahagian papercup dan letakkan filling (nak senang keje filling ni pn masukkan dalam plastik bag) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh papercup.
7) Dot-dotkan dengan warna yang berlainan.
8) Kukus selama 10 hingga 15minit.

SELAMAT MENCUBA :)





APAM POLKADOT KU.......

BARIS-BARIS SEDIA!!!!!!!!!!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan