SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

APAM KUKUS MEKAR COLA

Assalammualaikum.....

Hari ni saya nk kongsikan resepi apam kukus mekar cola. Apam ni saya buat dah lama. Resepinya macam biasa dirujuk dari blog kak ita masam manis. Nak tau rasa apam ni punya la lembut gila bila masuk dalam mulut tu mak aiiiii tenang je rasa....bila buka jer periuk kukus tu oiii mak ai menjerit keriangan sambil tersengih nak tau kenapa? hehhhhh....coz apam nye mekar setaman tersengih jer g tu.....huhuhu.... Jom tengok dulu resepinya.



APAM KUKUS MEKAR COLA
Sumber: AZLITA MASAM MANIS

BAHANNYA:-


2 biji telur                                                              
1/4 sudu teh garam
150gm gula pasir
50gm gula merah- sy guna gula perang
1/2 sudu makan ovallete
275gm tepung gandum *
15gm susu tepung *
1/2 sudu teh baking powder *
225ml air coca cola
50gm coklat cip - sy guna coklat rice
papercup secukupnya
bahan bertanda * hendaklah diayak bersama terlebih dahulu





CARANYA:-

1) Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovallete sehingga kaku selama 10minit.(adunan ni mmg akan kaku lagi pekat dari yang selalu kita buat kek chiffon yg pukul sampai jadi bertanduk tu)
2) Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik yang telah diayak tadi berselang-seli dengan air coca-cola sambil dipukul perlahan. (bukan sambil tuang sambil minum ye!...<kata kak ita)
3) Masukkan coklat cip dan kacau rata gunakan spatula.
4) Sudukan adunan ke dalam papercup dan masukkan dalam acuan apam yang berlubang2 (sy guna acuan kuih lompang je)
5) Sediakan kukusan. Buka api kuat. Biar air kukusan mendidih.
6) Susunkan adunan yang telah siap tadi ke dalam kukusan dan kukus selama 10-15minit dengan api besar sehingga masak.









PESANAN PENAJA ;)

~Boleh buat separuh adunan jika keluarga tak ramai coz apam ni dapat banyak....
~Tolong jarakkan setiap apam semasa mengukus kerana takut bila mekar ia akan melekat2 pulak antara satu sama lain..




SELAMAT MENCUBA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan