SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

BISKUT ZEST ALMOND


ZEST ALMOND
resepi by: MAJALAH SAJI OGOS 2012

BAHAN:
250gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur
300gm tepung gandum
100gm tepung jagung
50gm serbuk badam
2 sudu besar jus oren
sedikit parutan kulit oren
1 sudu kecil serbuk penaik
200gm badam~dipanggang
400gm coklat masakan putih~cairkan
sedikit coklat urai warna warni
sedikit pewarna kuning
mangkuk kertas


CARA:

  • Satukan mentega dan gula. Masukkan telur dan pukull sebati.
  • Kemudian masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
  • Masukkan pula serbuk badam, gaul dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit yang telah diayak bersama dengan serbuk penaik terlebih dahulu. Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
  • Ambil sedikit adunan, bulat dan leperkan. Masukkan badam dan bentuk doh menjadi bujur. Susun didalam dulang pembakar.
  • Bakar pada suhu 180C selama 15minit atau sehingga kekuningan.
  • Sementara itu cairkan coklat masakan putih menggunakan teknik 'double boiler'. Titiskan sedikit pewarna kuning.
  • Apabila biskut sudah masak dan sejuk, celup kedalam coklat masakan.
  • Masukkan kedalam mangkuk kertas dan taburan coklat urai warna warni diatasnya.


SELAMAT MENCUBA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan