hari2 asyik tengok member2 tayang pizza je..aduhai mana leh tahan..selalu makan kat restoran pizza jer kali ni saya wat sendiri..mula-mula wat pizza ni garing lak mcm kerepek..hahaha coz terlebih masa da...duk lam oven tu..
tak cukup disitu sahaja saya cuba buat lagi dan lagi dan lagi hehe akhirnya menjadi juga pizza ku..uli guna tangan jer tau xda mesin2nye..emmm...macam2 pesen plak saya buat bila dah menjadi ni kuikuikui....
sebelum ni tak berkesempatan nak amik picnye coz kes xsabar nak ngap..emm semalam buat 2 jenis yg satu pizza seafood berempah n satu lagi pizza sosej...sy buat pizza ni tak de mengikut sukatan main campak2 jer..he janji leh uli menjadi doh n sedap dimakan..kulit pizza ni pun lembut jer tau...jom kita tengok resepinya.
pizza sosej simple caraku...
by: mashitah harum mekar
bahan:-
doh pizza:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1/2 cwn air suam
secubit garam
cara membuat doh pizza:
1. satukan yis bersama 1 sudu kecil gula dan 1/2 cwn air suam dan biarkan selama 10 hingga 15minit. (yis ni akan berbuih2 t keatas)
2. satukan tepung, susu tepung, gula, minyak masak dan garam ke dalam bekas dan gaul ramas2 bagi sebati (jgn berketul2 tau)
3. kemudian masukkan yis yang telah berbuih tadi kedalam bancuhan tepung. gaul bagi sekata ye kemudian baru kita masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yg lembut.(alkisahnya tepung tu xda la melekat kat jejari tu ye)
4. rehatkan doh selama 1 jam sambil ditutup dengan tuala basah.(biarkan doh mengembang dua kali ganda)
topping:
(ikut suka la nak topping apa pun)
2 potong sosej potong menyerong
3 keping slice cheese dipotong ikut suka
sos cili, sos tomato n mayonaise secukupnya
cara membuatnya:
1. doh yang telah mengembang tadi ditumbuk dengan tangan bagi mengeluarkan anginnya. kemudian doh tersebut boleh la dibahagikan kepada beberapa bahagian. kalau nak buat pizza ni besar maka banyak la doh nye ye..
2. doh yang telah dibahagikan tadi dileperkan/dicanaikan di atas dulang pizza.(guna tangan je der)
3. bila dah dileperkan maka taburkan la toppingnya..mula2 sos tomato >slice cheese > sosej >sos cili n mayonaise..
4. bakar selama 20 minit dengan 180C di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
selamat mencuba..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan