SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

KENALI DAKU

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca....semoga kalian sihat hendaknya... Disini saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai penulis di blog ini...

Nama saya Masitah Ramli. Dilahirkan di Hospital Kajang pada 6 hb April 1983. Dibesarkan di Kampung Sg Tekali, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Saya mempunyai 9 adik beradik dimana 8 perempuan dan 1 lelaki.



                                         



Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb. Sg Tekali. Hulu Langat, Selangor dan bersekolah menengah di Sek. Men. Keb. Abd. Jalil, Hulu Langat , Selangor.




PIC SEMASA AKU DI TINGKATAN LIMA


Setelah tamat tingkatan lima pada tahun 2000 saya telah bekerja dan bermacam-macam pekerjaan saya telah cuba ada yang saya keje 1 hari setengah hari disebabkan tak tahan dengan kerja yang saya buat..
dan akhirnya saya mendapat satu pekerjaan yang betul-betul menjamin masa depan saya. Terima kasih buat sahabat saya Norazlina (deq leen) kerana beritahu tentang iklan job pdrm. Dia memang tahu saya minat keje polis.



Pada tahun 2008 saya telah mendaftarkan diri untuk berkhidmat di dalam pasukan PDRM sehinggalah sekarang.
                                             

KENANGAN SEMASA BERTUGAS DI KLIA


Pada tanggal 11/09/2009 saya telah mendirikan rumah tangga dan suami juga merupakan seorang anggota pdrm.


                                        


Alhamdulillah saat catatan ini dibuat saya telah pun 5tahun berumah tangga. Banyak kisah suka duka telah diharungi bersama. Saya telah mempunyai seramai 3 orang anak..diikutkan saya mempunyai 4orang tetapi seorang daripada anak kembar saya telah meninggal didalam kandungan..nanti saya akan ceritakan untuk catatan akan datang yer..

Ok... sampai disini sahaja...terima kasih kerana sudi membaca.. salam kenal untuk semuanya... daaa...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan