SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

HANYA TUHAN YANG TAHU

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim saya mulakan entry untuk kali ini dan syukur alhamdulillah kerana telah dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk berbicara disini setelah sekian lama tidak bersiaran. Selamat datang kepada pengunjung baru dan lama dan tidak lupa kepada pengikut setia kerana telah memilih MASHITAH@HARUMMEKAR sebagai bahan rujukan kalian.Sesungguhnya saya amat menyayangi kalian semuanya. InsyaAllah ada kelapangan saya akan berkunjung jua ke halaman kalian.

Bukan merajuk bukan hendak menutup siaran tetapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Rasanya sudah setahun juga saya tidak bersiaran disini. Saya hanya berlegar-legar di FB sebagai pemerhati sahaja dan kadang2 menerima tempahan kek dari rakan2..Rindu rasanya di hati ni kerana telah lama tidak bersiaran..

Sepanjang peninggalan saya selama setahun bermacam kisah suka duka sedih pilu dilalui.. pada awal tahun lepas 2013 saya sekeluarga menerima berita gembira dimana saya telah disahkan mengandung untuk kali ke tiga..baru dua bulan usia kandungan saya telah dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali kerana mengalami muntah2 yang berlebihan dari kebiasaannya. ketika saya mengandung anak yang pertama dan kedua dahulu tidaklah mengalami alahan yang teruk begini sehingga terpaksa dimasukkan ke wad tetapi kandungan kali ke tiga ini benar2 menguji mental dan fizikal saya..apa yang dibuat serba tak kena..nak buat apa pun tak larat..

Sepanjang tempoh berada di wad saya telah diminta untuk membuat ujian ultrasound dan tidak dijangka dan diduga doktor mengesahkan kandungan saya kembar!!... saya berasa gembira dan sedikit bimbang..syukur alhamdulillah..seronoknya tak terkata.. admint di wad tidak la lama sangat cuma dalam dua hari sahaja..doktor bekalkan ubat tahan muntah dan saya kena makan ubat tersebut jika perlu..saya cuma makan ubat tahan muntah tersebut setiap kali hendak pergi kerja..kalau tak makan memang tak dapat la nak pergi kerja jawabnya..

Saya dijangkakan bersalin pada hujung bulan september tetapi awal bulan lapan saya telah bersalin alkisahnya ialah.... pada 05/08/2013 saya telah pergi membuat rawatan susulan seperti biasa di hospital..apabila tiba di hospital setelah  saya dipanggil oleh doktor untuk masuk ke dalam bilik pemeriksaan doktor menjalankan ujian ultrasound.. berkali-kali doktor memeriksa perut saya almaklum la baby kembar.. apa yang mengejutkan saya ialah doktor memberitahu bahawa dimana jantung salah seorang dari baby kembar saya telah terhenti maknanya baby saya telah meninggal...untuk mendapatkan kepastian yang tepat doktor pakar juga telah menjalankan pemeriksaan tersebut.. YA ALLAH hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan saya pada masa itu..sedih dan pilu..airmata tidak mampu untuk ditahan lagi lalu turun membasahi pipi..

Doktor tidak dapat mengesahkan kenapa bayi saya telah meninggal dan doktor hanya memberitahu berkemungkinan bayi saya yang meninggal tersebut tidak dapat bekalan makan yang cukup kerana masalah perkongsian dimana bayi saya merupakan kembar seiras dan berkongsi uri..oleh itu bekalan makan tidak sampai kepada bayi saya yang meninggal tersebut..wallahualam...

Setelah berbincang doktor memberitahu bahawa saya terpaksa menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi saya yang masih hidup kerana ditakuti bayi yang hidup akan memakan sisa dari bayi yang telah meninggal..waktu itu kandungan saya baru berusia 32 minggu.. doktor telah memberikan saya satu suntikan bagi mematangkan paru-paru bayi saya...dan keesokan paginya baru pembedahan akan dijalankan...

bersambung......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan