Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Harum Mekar yang disayangi.....
Bercerita pasal kek gula hangus ni sebenarnya saya buat dah lame ye la masa tu belum ada blog lagi..hari ni nak n3 kan saje ke dalam blog ni buat rujukan dimasa akan datang..
Sebelum ni saya tau makan jer kek gula hangus ni..coz mana tau nak buat kan..selalunya kalau pergi pasar malam mesti nak beli..emm paling la tersangat suka dan kerap membeli emak saya..than berjangkit ke anaknya..hehehe..
Rasanya pasti la sedap lemak berkrim disukai ramai..hahaha...yer tak tipu...lau tak percaya try buat..mulanya saya ternampak kek gula hangus ni dalam album teman FB namanya kak Zarinah Rina..terima kasih sangat2 pada kak Zarinah kerana sudi berkongsi resepi ni..maybe esok lusa saya akan buat lagi..(emm kecur air liur dibuatnya...)
Kepada kawan-kawan yang ingin melihat sendiri bagaimana hasil kek gula hangus dari kak Zarinah sila klik SINI..Buat kek ni tak de la susah sangat..ada sesetengah tu saya lihat kena perap dulu adunan sehingga 3-4 jam baru bakar..mak aiii lamanya tak sabar nak tunggu..apa tujuannya saya pun tak tau..coz saya tau makan jer..hehehe..kepada kawan2 yg mahu mencuba sila ikut resepi di bawah ye..
KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
SUMBER: KAK ZARINAH RINA
Bahannya:-
3@4 sudu besar buttercup
5@6 biji telur
2 cwn gula pasir
2 cwn air panas
1/2 tin susu pekat
2 cwn tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
1 sudu besar baking powder*
bahan bertanda * hendaklah diayak dulu
Cara membuatnya:
1. Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak hingga hangus diatas api yang sedang.
2. Setelah gula cair dan warna keperangan masukkan air panas sedikit demi sedikit, kacau sampai gula hangus larut.
3. Tutup api kemudian masukkan buttercup kedalam gula hangus tadi biar hingga sejuk.
4. Pukul telur hingga kembang masukkan air gula hangus separuh dahulu kacau sehingga sebati.
5. Masukkan susu pekat kemudian kacau hingga sebati.
6. Kemudian masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
7. Akhir sekali masukkan separuh lagi air gula hangus.
8. Tapis adunan dan masukkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit buttercup.
9. Kemudian bakar mengikut kepanasan oven masing2 selama 45min hingga 1 jam/ masak.
SELAMAT MENCUBA....
SEDAP NIIIIIIIIIIIIIIII....................... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan