SAYA MEMOHON MAAF KERANA BLOG SEDANG DALAM PROSES KEMASKINI...TERPAKSA PINDAH BLOG YANG LAMA DULU IAITU HARUM MEKAR KE BLOG INI... SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI.....

Sabtu, 15 November 2014

NAUGHTY CHOCOLATE CRACKLES



Kali ni saya nak kongsikan satu jenis biskut yang tersangat la mudah untuk dibuat..tidak perlu bakar, tak ada tepung nak bancuh cuma kita cuma perlukan cornflakes dan coklat sahaja..sesuai sangat pada mereka yang tiada oven di rumah tu yer..biskut ni juga sesuai disajikan pada hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi..sudah pasti kanak-kanak akan berebut bila memakannya..

Bahan2nya seperti dibawah yer ,,jika mahu buat banyak maka gandakan la adunan tersebut ya..adunan dibawah ni anggaran saya sahaja..coz saya buat dalam kuantiti yang sedikit..jika ada yang sukakan coklat tu lebih so lebihkan la coklat tu ye...hehehe...ala men campak2 pun kompem jadi punyer...k la ape2 pun tengok dulu bahannya yer..



NAUGHTY CHOCOLATE CRACKLES

Bahan:

2 cawan cornflakes
100 gm coklat masakan
1 sudu butter
paper cup secukupnya

Cara membuatnya:

Cairkan coklat masakan diatas api secara double boil..bila dah cair masukkan butter kemudian masukkan cornflakes gaul semuanya bagi sebati..dan boleh dimasukkan ke dalam papercup (guna sudu senang) kemudian biarkan sejuk..leh hias guna coklat masakan putih or apa2 jika suka bagi lebih menarik..k..selamat mencuba...



Boleh juga melihat cara step by step di bawah ni yer...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan